Followers

Tuesday, August 23, 2011

Hope Syafiq OK


Terima kasih tak terhingga pada semua yang mendoakan kesejahteraan Syafiq tempoh hari.

Syafiq pada hari ini, dia dah tak cepat mengamuk dah. Mungkin tangan yang patah tu dah beransur baik. Alhamdulillah

Yang atas ni, gambar Syafiq demam koz tangan dia bengkak masa 7 Ogos aritu.



Ni lah gambar tangan Syafiq yang bengkak macam kena pam dek angin. dia memang takleh tido malam masa tangan dia bengkak nie. Kejap kejap dalam 15 minit jer dia akan nangis. Tu yg hari ahad pagi, Su bawa dia pegi balik ke spital, tuk cek.


Adik ni yang tolong longgarkan simen tangan Syafiq. Adik ni cakap, aritu patut doktor bagi ubat tahan bengkak.

Tapi agaknye, masa hari kejadian doktor kurang, dan ada doktor yang kena keje 24 jam, koz kekurangan doktor. Bile dah ada doktor yang kena keje 24 jam, maka kebarangkalian untuk melakukan kesilapan memang tinggi.

Adik yang tolong longgarkan simen tangan Syafiq nie cakap, ramai doktor yg dah dapat Master, akan bukak klinik sendiri atau keje oversea atau keje dgn private hospital, koz dapat bayaran yang tinggi berlipat ganda dari hospital kerajaan. Tu yg kurang doktor n jururawat kat spital sekarang nie.

Tapi kan. yang Su perasan lah. Kalau Su pegi hospital kerajaan ni, kebaikannya, ia murah. Dan paling Su suka ialah, doktor yang bertugas, mempunyai banyak pengalaman tentang sesuatu penyakit yang di rawati. Maka, doktor kerajaan ni, tak bagi rawatan yang tidak memerlukan, atau tak bagi ubat yang tidak memerlukan.

Kalau pi private spital ni, kengkadang setiap minggu atau 2 minggu kena jumpa doktor, n bagi ubat yang macam boleh beli kat farmasi biasa. Konsultasi fi jangan cakaplah, memang tak kurang dari RM 90 skali jumpa. Ni pengalaman Su masa Syafiq kena Influenza A dan Su kena slipped disc. Tapi oleh kerana kompeni punya insurance yang cover kan, biar kan jerlah... hehhehehehh

Ni semua berdasarkan pengalaman Su lah. Sebab ada gak pengalaman yang tidak sedap di dengar semasa Su berada di spital aritu. Tulah yang dinamakan, NASIB.

InsyALLAH, Su doakan semoga Syafiq cepat sembuh dan tulang di pergelangan tangan cepat bercantum. InsyALLAH.
:D
:D
:D

2 comments:

HR Dulu, Kini & Selamanya..... said...

CEPAT SEMBUH YA SYAFIQ..RAYA DAH TAK LAMA LAGI.

HR Dulu, Kini & Selamanya..... said...

Cepat sembuh ya syafiq..nnanti boleh beraya.

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails