Arini Su nak cite pasal citer Nilapura, slot citer setiap ari Isnin kat TV3. Mula mula Su tengok citer ni, koz cite ni je yg ada pas tengok berita kat TV3. ;)
Tapi pas dah setiap minggu secara tak sengaja tengok citer ni, tetiba hari Isnin lepas, Su tengok punya tengok, Raja Rangga ni (Amar Asyraf) pandai gak dia berlakun. Bila google tentang biodata dia, rupanya dia ada ilmu lakonan secara professional kat Aswara. Tempat blajar jadi pelakon tu.
Bagus lakonan dia, dia pandai main dengan perasaan. Kejap dia meludah kat Ratna (Jue Aziz), kejap dia jahat, kejap dia baik, kejap dia sasa macam citer apa tu yg omputih tu, Gladiator. hehhehhe
Boleh pegi jauh Raja Rangga ni (Su panggil dia Raja Rangga koz Su tak tahu nama dia, tapi dah google bru tahu nama dia)... Dia pun pernah jadi tenaga pengajar kat Pilih kasih. Not bad kan.... Dia take lakonan seriously... Good... Maksud, dia tak memainlah dalam industri perfileman ni.
Hope Raja Rangga akan dapat pergi lebih jauh dalam bidang lakonan yang anda pilih ini.
Dan ingat jangan memain dalam industri ni, jadikan Rosyam Nor sebagai mentor dalam bidang lakonan ni, dimana Abg Rosyam Nor ni tak pernah kering dek idea untuk majukan industri filem kat Malaysia.
Macam Kak Erma Fatimah, Syamsul dan Datuk Yusof Haslam.. Cerita diaorg ni boleh meninggalkan kesan pada setiap penonton diaorg.
Su paling respek Datuk Yusof Haslam, dia dari org tak beminat nak jadi polis, tapi sejak ada citer Gerak Khas, anak Su pun suka nak jadi Polis dan ramai gak kanak-kanak lain yang bercita-cita nak jadi Polis... Su dan mak Su pun suka tengok citer Gerak Khas dari dulu sampai sekarang. hehhehhehe
Gitulah serba sedikit Su nak bercerita kat sini... hehhehehhe
Walaupun Su tak femes dan tak tahulah kalau ada orang akan baca entri Su pasal Raja Rangga ni, tapi oklah takat adik beradik Su je yg baca blog Su nie...
Blog ni medium Su nak luahkan perasaan Su. Lebih kurang macam diarilah gitu.... kekkekek
Bye bye
:D
:D
:D

2 comments:
Bagus comment anda ;-) -Laila Rosly-
Aku suka Raja Rangga ni koz suara dia mcm lelaki macho, mata yg tajam dan mulut dia yg seksi.... kekekkekek
Post a Comment