Followers

Saturday, January 21, 2012

Gambar dgn Yuna yg tinggi lampai.. :D

Aritu Su teman Mak pegi DBKL. Tunggu punya tunggu adalah dalam nak dekat 2 jam kat DBKL kat dgn Jalan TAR tu. Tetiba nampak ramai org amik gambar, then 1 persatu Su nampak orang-orang TV yg buat review pasal artis dari TV1, TV3, HipTv dan lain lain.

Su pun tolehlah jap, nak buat CSI jap. Su matikan enjin kete dan pasang alarm kete, terus kat tempat ada 2 orang yg sibuk amik gambar nie.

Tetiba nampak macam Yuna. hehhehhehehheh

Rasa mcm nak amik dgn Yuna, tapi perasaan berdebar debar terus datang dengan pantasnye... Macam enjin kete F1 lajunye... hehhehe

Su beranikan diri tanya kat Yuna, nak amik gambar. Dia terus tinggalkan wartawan hiburan yg sedang interview dia masa tu dgn Diandra. Terus dia amik gambar dgn Su. Punyalah peramah dan berbudi bahasa orangnye..

Pas Su bergambar 2 klik dgn Yuna oleh 1 of d wartawan hiburan, Su pun salam dia. Dia cakap kat Su, " Kang kita jumpa kat dalam yeh". Sweet kan... Sseorang artis cakap macam Fren fren kat kita orang biasa kan... Best kan...

:D
Pas dah dpt amik gambar dgn Yuna, Su pun dgn bangganye meng 'mms' semua adik beradik Su, actually nak berlagak gaklah kan, dpt bergambar dgn Yuna. Artis tuuuuu... kekkekke

Ok u all... Su nak ucapkan selamat Tahun baru cina pada semua yang menyambutnye... Dan selamat berholiday pada semua yang tak menyambut Tahun Baru Cina...

Yang balik kampung tu, berhati-hati di Jalanraya yeh....
:D
:D
:D

Wednesday, January 18, 2012

Raja Rangga... :D

Courtesy gua.com.my



Arini Su nak cite pasal citer Nilapura, slot citer setiap ari Isnin kat TV3. Mula mula Su tengok citer ni, koz cite ni je yg ada pas tengok berita kat TV3. ;)


Tapi pas dah setiap minggu secara tak sengaja tengok citer ni, tetiba hari Isnin lepas, Su tengok punya tengok, Raja Rangga ni (Amar Asyraf) pandai gak dia berlakun. Bila google tentang biodata dia, rupanya dia ada ilmu lakonan secara professional kat Aswara. Tempat blajar jadi pelakon tu.


Bagus lakonan dia, dia pandai main dengan perasaan. Kejap dia meludah kat Ratna (Jue Aziz), kejap dia jahat, kejap dia baik, kejap dia sasa macam citer apa tu yg omputih tu, Gladiator. hehhehhe


Boleh pegi jauh Raja Rangga ni (Su panggil dia Raja Rangga koz Su tak tahu nama dia, tapi dah google bru tahu nama dia)... Dia pun pernah jadi tenaga pengajar kat Pilih kasih. Not bad kan.... Dia take lakonan seriously... Good... Maksud, dia tak memainlah dalam industri perfileman ni.


Hope Raja Rangga akan dapat pergi lebih jauh dalam bidang lakonan yang anda pilih ini.


Dan ingat jangan memain dalam industri ni, jadikan Rosyam Nor sebagai mentor dalam bidang lakonan ni, dimana Abg Rosyam Nor ni tak pernah kering dek idea untuk majukan industri filem kat Malaysia.

Macam Kak Erma Fatimah, Syamsul dan Datuk Yusof Haslam.. Cerita diaorg ni boleh meninggalkan kesan pada setiap penonton diaorg.


Su paling respek Datuk Yusof Haslam, dia dari org tak beminat nak jadi polis, tapi sejak ada citer Gerak Khas, anak Su pun suka nak jadi Polis dan ramai gak kanak-kanak lain yang bercita-cita nak jadi Polis... Su dan mak Su pun suka tengok citer Gerak Khas dari dulu sampai sekarang. hehhehhehe


Gitulah serba sedikit Su nak bercerita kat sini... hehhehehhe


Walaupun Su tak femes dan tak tahulah kalau ada orang akan baca entri Su pasal Raja Rangga ni, tapi oklah takat adik beradik Su je yg baca blog Su nie...


Blog ni medium Su nak luahkan perasaan Su. Lebih kurang macam diarilah gitu.... kekkekek


Bye bye

:D

:D

:D

Saturday, January 14, 2012

Kesian betul.... :(

Courtesy google



Dulu Su ni agak naive sikit tentang kehidupan. Su rasa macam dunia ni semua orang baik-baik belaka. Takde orang yang akan sakit hati atau jahat atau hati busuk. Lebih kurang Su percaya World peace gitulah. :D


Tapi semua tu berubah bila, turn Su jaga Abah kat GH. Bila weekend Su cuba amik alih tugas jaga abah kat Gh dari mak.


Yelah Su kalau hari bekerja mana sempat nak jaga abah, maka mak lah yang jaga abah siang dan malam. Kengkadang kesian gak kat mak, sampai aritu dia termuntah kat spital koz dia terlalu stress tgk abah sakit, langsung mak tak lalu nak makan. Maka perut pun masuk angin dan terus mak muntah muntah.


Ada 1 malam tu, turn Su jaga abah waktu malam. Dalam pukul 8.30pm macamtu, waktu pas azan isya'. Su ingat nak pegi solat isya' kat surau GH tu, tetiba Su tengok nurses semua kelam kabut pegi kat katil kat tingkap kat depan abah Su.


Su pun tanyalah kat nurse tu, Naper dik? Dia tak jawab, muka nurse tu punyalah pucat dan dia ada grumpy skit. Su pun buat dek jerlah.


Su tanyalah pulak ada 2 kawan pakcik ni yg datang tadi, yang dari tadi kelam kabut menelepon orang sana sini. Bunyi macam nak settle kan urusan orang meninggal.


Abang A (Su tak tanya nama dia), dia cakap, "Saya dan 3 kali nak datang nak jumpa Abg ni, tapi saya sibuk. Bila datang tadi, tetiba Abg B kata tangan Abg tu dari panas terus sejuk dan sejuk. Saya nasib baik sempat ajar kalimah syahadah kat Abg tadi".


Su pun beranikan diri bertanya lagi pada Abg A. Abg ni anak dia ker? Dia pun jawab, saya ni kawan dia. Dia ni dik, keje dgn Abg B, jaga kebun. Dia tinggal kat kebun dgn bini dia, Indon yg kosong tu dik. Dia jaga kebun Abg B bersih dan elok dik. Dia tinggal kat kebun tu atas dasar kesian dan belas ikhsan Abg B jerlah. Petang tadi dengar citer, semua anak dia datang lawat dia.


Pastu Su pun tak tanya soklan lagi. Su jawab, Takpelah Abg, baik saya tak tanya lebih lanjut lagi. Nanti tak baik pulak jadinye.


Su pun tunggu tengok kalau kalau anak-anak dia yg tinggal kat Sentul datang ke tidak tengok arwah ayah diaorg ni.


Adalah dalam 40 minit, 1 orang berumo dalam 42 gitu datang. Nampak macam orang bekerja jawatan yang eloklah dgn cara berpakaian dia. Rambut pun potong macam polis gitu, dan badan tegap jugak. Dia datang macam tak tahu nak buat apa, then Abg A cakap, Sekarang ko nak settle kan atau Abg yg settle kan. Dia cakap dia suh Abg A yg settle kan. Masa tu mayat pakcik tu dah dikapan oleh pihak spital. Tu mmg prosedur kalau ada pesakit dan meninggal.


Then anak pakcik tu bg IC tuk nurse buat dokumen tuk letak kat tempat pengusung jenazah. Walaupun jenazah dan dalam 5 minit tinggalkan wad tu, anak anak dia masih kat katil ayah dia dan nak berbincang nak bawa jenazah ke mana. Sampai ada 1 nurse lelaki yang cakap, Ni bolehlah anak anak ikut jenazah. Maka barulah sorang sorang pegi mendapatkan jenazah ayah diaorg.


Masa tu, Su bercakap dalam hati. Su rasa macam tak percaya betul, dalam zaman yang moden ni, semua pun ada di hujung jari, pelajaran yang sangat mudah untuk dipelajari. Tetapi rupanya masalah kepincangan kekeluargaan ni telalu banyak sudah Su dengar dari penghuni-penghuni hospital.


Su dulu slalu tak percaya tentang cerita yang direncanakan oleh Harian Metro tentang anak derhaka, anak yang buang ayah atau ibu diaorg.


Tapi bila Su dah tengok dan dengar sendiri dari penghuni-penghuni hospital, baru Su percaya yang memang zaman sekarang, ramai anak-anak yang semakin ramai membuang keluarga mereka sendiri, atas dasar dulu masa kecik kecik ayah dan ibu tak jaga mereka, atau ibu dan ayah mereka melakukan perkara yg tak disukai anak mereka. Sungguh mudah diaorang buat kurang ajar pada orang yang lahirkan dan membesarkan mereka dari terletak jer sampai dah boleh mencari rezeki sendiri.


Su hanya mampu berdoa, semoga ada anak-anak yang diluar sana, yang terbaca blog Su ni, moga u all ampunkanlah segala dosa-dosa lampau ayah dan ibu kamu, dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada di bumi ini. Sebab, kalau mereka dah tiada di dunia ni nanti, jangan lupa, anak-anak kamu yg kecik tu mungkin dan besar kemungkinan akan melakukan perkara yg sama kepada kita di hari tua kelak. Orang panggil KARMA.


Su hanya mampu berdoa, semoga Su dilindungi oleh ALLAH dari perkara-perkara yang tak elok.

:I

:I

:I

Wednesday, December 28, 2011

Meninggal



Aritu pada 22 dec, hari Khamis dalam pukul 8.30am. Abang Ipar Su (suami Along Su) call Su dari Singapore.


Dia tanya, "Ti, where r u?"

Su jawab, "Kat opis dah, naper??

Abang Ipar : Abah macam mana?

Su : Ok Alhamdulillah. Mak kata, doktor suh abah masuk first class atau second class. Koz kat wad skrg ni, abah senang terdedah dengan kuman. (masa ni Su ada dengar backgroung Along Su terjerit jerit cakap, Mak telepon Tati, Mak telepon Tati, nama timang timangan Su dalam famili dan sedara mara)


Abang Ipar : Ti, Mak kata Abah meninggal.

Su : HUH... Biar benar... Takpe, nanti Tati telepon Mak, n tanya.

Abang Ipar : Nanti, anything u inform I.


Su pun letak fon. Terus mak pulak tepon Su n cakap dengan nada nangis teresak esak, cakap, Abah meninggal.


Masa ni pun, Su terjerit jerit, koz panik kan, tetiba 2 kali dengar orang cakap Abah meninggal. Semalam takde orang jaga Abah ker?


Then Su pun cakap kat Mak, Su terus ke GH nak cek dulu. Lepas sms opsmate cakap Su ada emergency kat GH, nak kena pegi sekarang gak. Dengan duit dalam wallet ada RM 20, koz lupa nak kuarkan duit semalam, ingat pagi tu sempak nak kuarkan duit. Pastu dengan minyak dah tinggal 2 takok. Fuhhhh... Memang fear factor masa tu.


Su pun tutup air cond kete, n terus pecut ke GH. U all tahulah keadaan pagi nak ke tengah tengah KL, pastu GH plak. Fuhhhhh kete punyalah menguji tahap kesabaran Su.


Sampai GH, parking takde, kenalah park kat belakang kuil India yang berdekatan dengan IJN. Masa tulah adik beradik Abang Ipar Su dan Makcik Su tepon nak mengesahkan khabar berita yg diaorg terima. Su pun cakap, Abang Su ada kat spital, dia akan settle semuanye, dengan nak bawa jenazah ke Sentul dan pelbagai lagi.


Bila Su sampai ke was Abah, 19, etiba Su nampak Mak Su, Kak Yong (sepupu Su) dan Abang Su (tengah baca Yasin) duk berdekatan katil Abah Su. Yang Abah Su pulak tengah diberi susu oleh nurse melalui tiub kat hidung.


Masa tu, Su sangat bersyukur pada ALLAH yang Abah Su masih bernyawa.


Entahlah, macam mana khabar angin ni boleh tercetus.


Dengar citernye. Ada 1 pakcik kat mesjid ni, masa tu ada 3 kes tuk Van jenazah. Salah satu nama daftar Van Jenazah tu nama sama macam Abah Su. Then sedara mara Su pun dapat khabar berita tentang Van Jenazah tu.


Tetiba dah ada 1 sepupu Su dah pegi daftar lot kubur kat Kg Puah. Dan 1 makcik Su datang ke umah Mak kat Sentul dan tanya, "Jenazah nanti nak bawa ke mana, bawa ke sini ke?"


Masa nilah Mak Su dengan paniknye dah tak tahu apa nak buat, yelah dia seorang orang tua, dahlah duk sesorang kat umah dia, n tiada saper yang dia nak refer. Dia panik, dan tetiba dalam fon call dari Along Su dari Singapore cakap, tentang kematian. Lagilah dia panik.


Sebenarnye, moral of d story, janganlah percaya dengan khabar berita tanpa mengesahkannye.

:I

:I

:I

Sunday, December 25, 2011

Keje makan gaji... :(


Picture courtesy Google



Aritu Su ada borak borak dgn kawan opis Su. Dia cakap kat Su yg dia sedang sibuk cari keje, koz dia dah boring dengan keje yang rutin, yang setiap hari buat keje yang sama. Dia setiap hari stres dengan keje dia. Setiap hari juga Su kesian tengok kat dia. Kengkadang dia taknak makan, dan kengkadang dia hanya duk kat depan PC dia call kengkawan dan sedara mara dia, nak luahkan perasaan.



Tapi Su ada terfikir kat dalam hati Su. Adakah patut kita asyik mencari keje baru setiap kali kita bosan dengan layanan yang kita dapat dari boss atau kengkawan seopis. Adakah kita akan dapat keje yang sesuai dengan citarasa kita.



Su ni nak sedarkan diri Su nilah. Su ni kalau tak serasi dengan pihak pengurusan atau majikan kat tempat yang Su keje tu, Su akan cepat berenti dan cari keje lain.


Tapi bila dah selalu sangat pindah keje ni, Su rasa, bukan tempat keje Su yang salah, tapi Su rasa Su yang banyak kena belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat keje. Bukan tempat keje yang kena sesuai dengan perangai Su. Adik dan kakak Su selalu tegur dengan perangai Su yang suka tukar keje nie. Tak pernah duk 1 tempat keje lama. Paling lama Su duk 1 tempat keje 5 tahun jer. kekkekkek


At the moment Su sukalah dengan rutin keje Su sekarang nie. Masuk pukul 9am sampai 6 pm.


Taklah susah sangat dan takde keje yang akan dibawa untuk ke esoknye. Su punya keje sekarang ni buat quotation untuk 1 company, guna ORACLE, dan beberapa system (menarik gak guna sistem macam nie).


Lebih kurang kompeni yang Su keje ni Sub contractor. Su pun dah confirm 1 dec 2011 aritu. Gaji pun lebih banyak dari keje masa keje kat UEM Builders (kalau nak compare dulu keje lagi banyak dan gaji tak setimpal dgn keje yang Su buat, tapi benefit banyaklah).


Su pun dah malas nak carik keje lain, dengan ayah Su sakit lately dan aritu anak Su patah tangan koz jatuh, kompeni ni tak kisah Su nak amik unpaid leave.


Hanya keje dengan kompeni omputih ni, u kena perform dan kena bagi keje by the book lah gitu. Kengkadang rasa macam keje dengan orang Jepun pulak. Semua kena on time dan on the dot mesti dah start keje. Kalau Su datang lambat 5 minit, nanti Bos Su IM Su cakap, brapa lama lambat tadi. ;)


At the moment biarlah Su bergumbira dengan keje yang baru Su ceburi nie. :D


:D
:D
:D

Sunday, December 4, 2011

Mat Rempit jaga ayah

Gambar courtesy Google.


Semalam Su dari pagi 9.am sampai petang dalam pukul 5pm, Su jaga abah kat GH. Abah dah 15 hari dia duk kat spital koz darah Abah ada infeksi bakteria. Pas dah rawat penyakit bakteria dalam darah, abah kena minum susu guna tiub melalui hidung plak, koz abah takleh telan makanan atau telan air. Semoga Abah cepat sembuh dan boleh pulang umah dengan cepat.

Pastu ada 1 pakcik tu sama kes dgn Abah Su gak, minum susu guna tiub gak. Yang menarik perhatian Su tentang Pakcik ni adalah, seorang anak dia yang muda belia gitu.

Secara rambang, Su rasa dia macam Mat rempitlah. Yelah rambut dia crew cut macam budak Juvana gitu. Pakai pakaian macam budak Mat moto, dengan gelang silver yg tebal tu. ;)

Pastu pasang radio melalui tepon dia punyalah kuat, dahlah pulak lagu fon tone dia semua yang techno punya bunyi. hehhehe
Angin gaklah kan, dahlah kita dalam spital, dia buat macam dia kat umah plak.

Budak ni, dia rupanya dah 2 hari dia tido situ dengan pakai baju sama, jaga Ayah dia. Pastu dia punyalah lembut bila bercakap kat ayah dia, yang tak berapa dengar tu.

Yang paling Su terharu mendengar ayat yang kuar dari mulut dia, "Ayah mesti boleh sihat macam dulu. Kalau ayah dah sihat, kita boleh balik". Ayah dia angguk dan senyap.

Bila Su dengar dah 2 hari dia jaga Ayah dia kat spital, rasa bersalah plak sebelum ni Su asyik berfikiran salah terhadap budak yang jaga ayah dia kat spital ni.

Yang menarik skali, bila kakak dia datang nak tukar 'shift' jaga ayah dia. Pakcik ni akan meraung, n cakap, "Yelah, biar aku tinggal kat spital sorang sorang. Takyah sesapa jaga aku".

Su rasa sungguh terharu dengan tindakan budak yang jaga ayah dia kat spital ni. Pasni, Su rasa, Su taknak dah berfikiran negatif terhadap orang yang Su ketemu. Walaupun diaorang tu pakai, pakaian macam budak Juvana atau macam pakaian kurang kain. Koz maybe diaorang ada hati lagi baik dari kita.

Semoga ALLAH akan pelihara budak yang jaga Ayah dia tu, darai anasir anasir jahat diluar sana. InsyALLAH..... Amin.

:D
:D
:D

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails